Perjuangan selama hampir dua tahun rasanya berbaloi, apatah lagi melihat BKS sudah semakin diterima ramai, terima kasih sahabat-sahabat, kalian begitu komited melaksanakan amanah Allah, kalian menjalankan amanah dengan tidak dibayar satu sen pun atas amanah yang kalian laksanakan, semoga keihklasan kalian berjuang diberikan ganjaran dan diterima di sisi Allah. Itulah kekuatan yang ada pada BKS sehingga ia berada pada tahap ini, kita tak punya wang berjuta, untuk membangunkan BKS tapi kita punya semangat yang tinggi, kita punya ukhuwwah, kita punya kesatuan , kita punya keikhlasan dan dengan itulah BKS kita bangunkan. Tempoh dua tahun pastinya mengundang pelbagai suka dan duka, daripada seorang budak yang masih lagi bertatih kini kita sudah boleh berlari laju merencana aktiviti dakwah di IPG ini, dengan matlamat utamanya untuk membina generasi guru murabbi yang seimbang setiap aspek.
Suka duka dalam perjuangan adalah adat dan resam perjuangan , duka pasti ada dalam perjuangan . Rasulullah saw sendiri pun diuji dengan pelbagai ujian di dalam dakwah. Benar kadang-kadang kita lemah kadang kadang kita bersemangat, itulah resam dunia, namun indahnya bekerja di dalam jamaah BKS ini, tatkala kita lemah kita punya sahabat untuk membantu, tika kita gusar kita punya sahabat untuk tenangkan keadaan, tika kita lakukan kesalahan kita punya sahabat untuk menegur intulah indahnya hidup di dalam jamaah, yang mana keindahan ini tidak akan ada bagi mereka yang berjuang berseorangan.
Benarlah sabda nabi :
فعليكم بالجماعة فانما يأكل الذأب من غنم الخصيه
" hendaklah kamu berada di dalam jamaah , sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang terkeluar daripada kawanannya”
Bayangkan jika kita berseorangan memperjuangkan organisasi ini, siapa yang akan membimbing kita tatkala kita tersasar, siapa yang akan menjadi teman ketika kita bersedih? Pastinya tidak ada bahkan kita hanya bersemangat di suatu ketika dan apabila datangnya ujian kita futuur dan berputus asa bahkan lari dari perjuangan.
Tulisan ini ditulis di kala hari-hari terakhir sebelum saya melepaskan jawatan pengerusi BKS kepada Ustaz Fariq Bin Aziz. Selama dua tahun mempengerusikan BKS jujurnya saya masih lagi belum puas berada dalam BKS, kerana masih banyak lagi amanah yang belum saya tunaikan . Saya yakin perasaan ini juga ada para sahabat-sahabat jawatankuasa lama BKS. Namun masa telahpun berlalu sahabat , dan tidak mungkin kita dapat kembali semula ke masa dahulu untuk memperbetulkan kesilapan kita . Pohonlah kepada Allah swt supaya diampunkan kesalahan-kesalahan kita yang terdahulu, pohon maaflah kepada manusia andai ianya melibatkan hal sesama manusia dan bantulah sahabat-sahabat jawatankuasa baharu BKS ini untuk meneruskan dan menyambung perjuangan kita. Melepaskan jawatan tidak bermakna kita sudah tidak lagi ada kaitan dengan BKS dan aktivitinya, kerana tidak pernah ada istilah rehat ataupun pencen dalam perjuangan, adakah kita mahu berehat dan lari dari medan ini dalam keadaan ummah merintih dan merayu pertolongan kita, sesungguhnya ummah ini perlukan kita duhai sahabat.
Firman Allah Surah Al-Maidah 54:
“ Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”
Selagi mana kita mampu bantulah kepimpinan baharu , sungguh saya amat mengharapkan agar BKS terus maju dan terus berjaya di dalam medan ini . Buat kepimpinan baharu , berjuanglah dengan penuh keikhlasan kerana kalian bakal terjun ke medan yang sangat mencabar, bekerjalah dalam satu jamaah dengan memelihara adab dan etika berjamaah, jadikanlah mesyuarat sebagai jalan utama bagi memutuskan sesuatu perkara, jagalah ukuwwah sesama ahli dan jauhkanlah perkara-perkara yang boleh membawa fitnah yang akan menyebabkan jamaah ini terpalit dengan kesilapan yang kita lakukan. Perjalanan kalian baru bermula dan ianya merupakan perjalanan yang panjang , dukunglah amanah ini dengan penuh keinsafan dan laksanakanlah ia sebaik mungkin kerana Allah swt
Sekali lagi, saya ucapkan ribuan penghargaan kepada sahabat-sahabat jawatankuasa bks sesi 2007-2009 yang banyak membantu saya menguruskan BKS. Tanpa bantuan kalian tidak mampu untuk saya berjuang di dalam BKS ini, kerana tawa kailan adalah semangat saya, duka kalian adalah semangat saya, marah kalian juga semangat saya , suka kalian juga semangat saya kalianlah pembakar semangat buat insan lemah ini meneruskan perjuangan dikala jiwa ini lemah dan berduka , kalianlah juga pembakar semangat ketika jiwa ini bersemangat. Terima kasih buat sahabat-sahabat majlis tertinggi BKS, Azri, K Hawa , Mazwan , Anis, Syabaz & K wani. Begitu juga buat semua ketua-ketua dan penolong-penolong ketua lajnah, afif, wanni, Wan-j, K su, qilah, mukmin, Alias , Ros, faiz, Farhana, Badr, silah, azhari, K syikin, anas, afiqah & semua jawatankuasa bagi stiap lajnah yang telah banyak membantu melicinkan urusan BKS. Semoga Allah merahmati kalian atas segala khidmat bakti yang kalian curahkan. Saya pohon dimaafkan segala kesalahan dan kesilapan saya terhadap kalian sepanjang saya mengetuai jamaah ini . kerana saya manusia biasa yang tidak sunyi dari salah dan silap, pastinya sepanjang tempoh 2 tahun ini banyak salah saya terhadap kalian, banyak hati yang terguris dan banyak jiwa yang marah terhadap saya, sekali lagi saya pohon kalian memaafkan segala kesilapan saya.
1 comments:
Post a Comment