Bustannulfaizin

Perjuangan ini menuntut pengorbanan

TARANNUM HIJAZ

TARANNUM NAHAWAND

Tausyikh Lagu Bayyati

Tabaqat Suara

Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin

BENTUK MUSLIM YANG DIPERLUKAN MASYARAKAT

Sabda Rasulullah SAW :

كونوا كالشامة بين الناس

Hendaklah kamu menjadi orang yang kuat daya hidupnya di tengah-tengah manusia-punya daya sensiviti yang baik.

1. Sentiasa bercakap benar

Sabda Rasulullah SAW:

إن الصدق يهدي إلى البر وإن البر يهدي إلى الجنة وإن الجل ليصدق حتى يكتب عند الله صديقا وإن الكذب يهدي إلى الفجور وإن الفجور يهدي إلى النار وإن الرجل ليكذب حتى يكتب عند الله كذابا. (متفق عليه)

Bercakap benar itu akan membawa kepada kebaikan dan bahawasanya kebaikan itu membawa kepada syurga, bahawa seorang itu sentiasa bercakap benar sehingga ditulis disisi Allah sebagai seorang yang benar dan bahawasanya pembohongan itu membawa kepada kecelakaan dan kecelakaan itu membawa ke dalam api neraka, seseorang itu sentiasa berbohong sehingga dicatat disisi Allah sebagai pembohong.

2. Tidak ada sifat Hasad dengki

Sabda Rasulullah SAW:

إياكم والحسد فإن الحسد يأكل الحسنات كما تأكل النار الحطب.

Awas kamu daripada hasad, sesungguhnya hasad memakan kebaikan seperti api memakan kayu kering.

3. Sebagai Penasihat dalam Masyarakat

Masyarakat amat memerlukan peribadi muslim yang bertindak sebagai nasih (penasihat) kepada mereka yang sedia member pandangan yang membina dan positif kerana agama itu di tegakkan diatas semangat " الدين نصيحة" .

Sayyidina Jarir bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa:

بايعت رسول الله صلى الله عليه وسلم على إقام الصلاة وإيتاء الزكاة والنصح لكل المسلمين.(متفق عليه)

Saya pernah membai’ah Rasulullah SAW di atas mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan memberi nasihat kepada setiap muslim.

4. Menunaikan Janji

Firman Allah:

يأيها الذين ءامنوا اوفوا بالعقود...

Wahai orang yang beriman , penuhilah janji kamu….

(surah Al-Maidah Ayat 1)

5. Baik Akhlaknya

Sabda Rasulullah:

إنما بعست لاتمم مكارم الاخلاق

Bahawasanya aku diutuskan untuk meyempurnakan segala akhlak yang mulia

اكما المؤمنين إيمانا أحسنهم خلقا.

Orang yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik budi pekertinya.

Badan Kebajikan Surau



Perjuangan selama hampir dua tahun rasanya berbaloi, apatah lagi melihat BKS sudah semakin diterima ramai, terima kasih sahabat-sahabat, kalian  begitu komited   melaksanakan amanah Allah, kalian menjalankan amanah dengan tidak dibayar satu sen pun atas amanah yang kalian laksanakan, semoga keihklasan kalian berjuang diberikan ganjaran dan diterima di sisi Allah.  Itulah kekuatan yang ada pada BKS sehingga ia berada pada tahap ini, kita tak punya wang berjuta, untuk membangunkan BKS  tapi kita punya semangat yang tinggi, kita punya ukhuwwah, kita punya kesatuan , kita punya keikhlasan   dan dengan itulah BKS kita bangunkan. Tempoh dua tahun pastinya mengundang pelbagai suka dan duka,  daripada seorang budak yang masih lagi bertatih kini kita sudah boleh berlari laju merencana aktiviti dakwah di IPG ini, dengan matlamat utamanya untuk membina generasi guru murabbi yang seimbang setiap aspek.

                Suka duka dalam perjuangan  adalah adat dan resam perjuangan ,  duka pasti ada dalam perjuangan . Rasulullah saw sendiri pun diuji dengan pelbagai ujian di dalam dakwah. Benar  kadang-kadang kita lemah  kadang kadang kita bersemangat, itulah resam dunia, namun indahnya bekerja di dalam jamaah BKS ini, tatkala kita lemah kita punya sahabat untuk membantu, tika kita gusar kita punya sahabat untuk tenangkan keadaan, tika kita  lakukan kesalahan kita punya sahabat untuk menegur intulah indahnya hidup di dalam jamaah, yang mana keindahan ini tidak akan ada bagi mereka yang berjuang berseorangan.

Benarlah sabda nabi :

فعليكم بالجماعة فانما يأكل الذأب من غنم الخصيه

" hendaklah kamu berada di dalam jamaah , sesungguhnya serigala akan membaham kambing yang terkeluar daripada kawanannya”

Bayangkan jika kita berseorangan memperjuangkan organisasi ini, siapa yang akan membimbing kita tatkala kita tersasar, siapa yang akan menjadi teman ketika kita bersedih? Pastinya tidak ada bahkan kita  hanya bersemangat di suatu ketika dan apabila datangnya ujian kita futuur dan berputus asa bahkan lari dari perjuangan.

                Tulisan ini ditulis di kala hari-hari terakhir sebelum saya melepaskan jawatan pengerusi BKS kepada Ustaz Fariq Bin Aziz.  Selama dua tahun mempengerusikan BKS  jujurnya saya masih lagi belum puas berada dalam BKS, kerana masih banyak lagi amanah yang belum saya tunaikan . Saya yakin  perasaan ini juga ada para sahabat-sahabat jawatankuasa lama BKS. Namun masa telahpun berlalu sahabat , dan tidak mungkin kita dapat kembali semula ke masa dahulu untuk memperbetulkan kesilapan kita .  Pohonlah kepada Allah swt supaya diampunkan kesalahan-kesalahan kita yang terdahulu,  pohon maaflah kepada manusia andai ianya melibatkan hal sesama manusia dan bantulah  sahabat-sahabat jawatankuasa baharu BKS ini untuk meneruskan dan menyambung perjuangan kita. Melepaskan jawatan tidak bermakna kita sudah tidak lagi ada kaitan dengan BKS dan aktivitinya, kerana tidak pernah ada istilah rehat  ataupun pencen dalam perjuangan, adakah kita mahu berehat dan lari dari medan ini dalam keadaan ummah merintih dan merayu pertolongan kita, sesungguhnya ummah ini perlukan kita duhai sahabat.

 Firman Allah Surah Al-Maidah 54:

  Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

 

Selagi mana kita mampu bantulah  kepimpinan baharu , sungguh saya amat mengharapkan  agar BKS terus maju dan terus berjaya di dalam medan ini . Buat kepimpinan baharu , berjuanglah dengan penuh keikhlasan kerana kalian bakal terjun ke medan yang sangat mencabar, bekerjalah dalam satu jamaah dengan memelihara adab dan etika berjamaah, jadikanlah mesyuarat sebagai jalan utama bagi memutuskan sesuatu perkara, jagalah ukuwwah  sesama  ahli dan jauhkanlah perkara-perkara yang boleh membawa fitnah yang akan menyebabkan jamaah ini terpalit dengan kesilapan yang kita lakukan. Perjalanan kalian baru bermula  dan ianya merupakan perjalanan yang  panjang , dukunglah amanah ini dengan penuh keinsafan   dan laksanakanlah ia sebaik mungkin kerana Allah swt

 

                Sekali lagi, saya ucapkan ribuan penghargaan kepada sahabat-sahabat jawatankuasa bks sesi 2007-2009 yang banyak membantu saya menguruskan BKS. Tanpa bantuan kalian tidak mampu untuk saya berjuang di dalam BKS ini, kerana tawa  kailan adalah semangat saya, duka kalian adalah semangat saya, marah kalian juga semangat saya , suka kalian juga semangat saya kalianlah pembakar semangat buat insan lemah ini meneruskan perjuangan dikala jiwa ini lemah dan berduka , kalianlah juga pembakar semangat ketika jiwa ini bersemangat.  Terima kasih buat sahabat-sahabat majlis tertinggi BKS, Azri, K Hawa , Mazwan , Anis, Syabaz & K wani. Begitu juga buat semua ketua-ketua dan penolong-penolong ketua lajnah, afif, wanni, Wan-j, K su, qilah, mukmin, Alias , Ros, faiz, Farhana, Badr, silah, azhari, K syikin, anas, afiqah & semua jawatankuasa bagi stiap lajnah yang telah banyak membantu melicinkan urusan BKS. Semoga Allah merahmati kalian atas segala khidmat bakti yang kalian curahkan. Saya pohon dimaafkan segala kesalahan dan kesilapan saya terhadap kalian sepanjang saya mengetuai jamaah ini . kerana  saya manusia biasa yang tidak sunyi dari salah dan silap, pastinya sepanjang tempoh 2 tahun ini banyak salah saya terhadap kalian, banyak hati yang terguris dan banyak jiwa yang marah terhadap saya, sekali lagi saya pohon kalian memaafkan  segala kesilapan saya.     

Pengumuman


"وننزل من القرآن ما هو شفآء ورحمة للمؤمنين"

Kepada muslimin dan muslimat yang berminat untuk menyertai Kursus Pengubatan Islam Bartch kedua Darussyifa cawangan Bertam, Pulau Pinang. Anda diminta untuk menghantar mesej beserta nama dan no kad pengenalan anda kepada Ustaz Megat di talian ( 012-5564406) sebelum 13 hb Mac  2010.

“kerapkali orang tua menyesali pemuda bekerja terburu-buru dan kurang berfikir, kerapkali orang muda menuduh orang tua lambat bertindak dan terlalu banyak berfikir.Alangkah sibuknya dunia kalau pimpinan hanya di tangan orang muda dan dunia akan membosankan kerana lambat geraknya kalau pemimpinnya hanya orang tua.Gabungan antara gelora semangat muda dan renungan fikiran yang tua itulah yang menimbulkan keseimbangan dalam kehidupan.-HAMKA

Terima Kasih

Related Posts with Thumbnails

KAEDAH BERKESAN MENGHAFAL AL-QURAN

About Me

My photo
Bukit Mertajam, Penang, Malaysia

ShoutMix chat widget

Hit Counters

imgTag

Info Perubatan Islam

imgTag

Buku Tuan Guru

imgTag
imgTag

Pautan Darussyifa

Pautan IPGM

Sahabat

iluvislam

Followers